Saturday 31 December 2011

Ceritera# 11: Cerita 2011

ASSALAMUALAIKUM




Tahun 2011 tak dapat capai target 50 buku. Dapat dekat-dekat 40 jea. 

Reason : 

Banyak baca buku then tinggal. Bace sekerat jea pastu tak sambung 

Banyak assigment dan kerja [kadang-kadang alasan kan] 

Tak istiqamah. Yang ni betul. 

Anyway. This is a new mission for me and I'll try my best to accomplish it. 

Hola 2012. 



hmmmmmmm. Ni jea yang termampu


1. A Painted House by John Grisham
2. 2. Derai-Derai Debu oleh Darma Mohamad 
3. Sold by Patricia McCormick 
The Girl with the Dragon Tattoo (Millennium, #1) by Stieg Larsson 
5. Tombiruo oleh Ramlee Awang Murshid
6. Rayyan Fantasi oleh Ramlee Awang Murshid 
7. Semangat Hutan oleh Ramlee Awang Murshid 
8.Tombiruo Terakhir oleh Ramlee Awang Murshid
9. Tenggelamnya kapal Van der Wijckby Hamka 
10. Worst Case by James Patterson 
11. Fathi Yakan yang menulis Apa Ertinya Saya Menganut Islam
12. TOKOH-TOKOH GERAKAN ISLAM ABAD MODEN oleh ZAINUDIN HASIM
13. Rojak: Bite-Sized Stories by Amir Muhammad
14. Cinta Di Langit Gaza oleh Riduan Mohamad Nor 
15. Tariq: Menang Ataupun Syahid by Abdul Latip Talib
16. Sepahit Jadam oleh Nik Mohamad Abduh 
17. The Da Vinci Code by Dan Brown
18. Swami and Friends by R.K. Narayan 
19. Saasatul Ibaad by Faisal Tehrani 
20: Gerakan Hentam Indera by Zakaria Salleh
21. Mengenggam Bara : Menelusuri Perjuangan 50 Tahun Dewan Pemuda Pas Pusat Dan Kezaliman ISA oleh Riduan M. Nor 
22. Enigma by Robert Harris 
23. Life is an Open Secret : Ramadan Special by Zabrina A. Bakar 
24. Contengan Jalanan by Hlovate
25 : Helming The Times by Najib Tun Razak
26 : Secangkir Teh Pengubat Letih oleh ust Hasrizal Abdul Jamil 
27 : Aku, Isabella dan Tok Kenali oleh abang Bob Lokman dan Riduan Mohamad Nor 
28 : Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan oleh Riduan Mohamad Nor
29 : Sold by Zana Muhsen
30 : It Came from Beneath the Sink! by R.L. Stine
31 : Owen & Mzee: The True Story Of A Remarkable Friendship by Isabella Hatkoff 
32. The Kite Runner by Khaled Hosseini..
33. Detik Cemas Mavi Marmara: Palestin Kami Datang! oleh  Fatimah Syarha Mohd Noordin dan suaminya
34. Travelog Tarbiah: Rindu Bau Pohon Tin
oleh ust 
Hasrizal Abdul Jamil 

35. Cinta Kembali Bertasbih oleh A. Ubaidillah Alias 
36. Hadji Murad by the famous Leo Tolstoy 
37: Takdir : Cahaya Yang Tidak Terpadam oleh akh Hilal Asyraf 







Ceritera# 10: Malam Revolusi 2012

Satu waktu dua event satu petanda tentang revolusi 




Cerita satu


Sasaran hanya pada satu batang tubuh
Batang tubuh yang kering 
tapi jiwanya yang besar
pemikiranya yang tidak pernah berhenti mendebarkan
yang diatas


walau mereka dihujani fitnah
walau mereka dihujani kata
walau kumpulan mereka diserang 
ditumbuk, disepak, ditangkap
Namun solidariti mereka tetap teguh


Mereka hanya mahu bebas
dari cengkaman di dahi mereka 
dari cakaran yang melukai jiwa mereka
dari tangan-tangan yang memegang pensil mereka. 


Cerita dua


Siapa yang sangka
Malam itu cerah
Purnama akan terus mengambang 
di bumi bertuah ini.


Sekurang-kurangnya
manusia ada pilihan
yang baik atau yang buruk
dalam kerangka menghibur jiwa


Siapa yang sangka 
kurang dua puluh ribu dari angka seratus
hadir malam yang barokah itu
untuk mendidik jiwa






Sekurang-kurangnya dua catatan certita ini menjengah minda kita. Akan berlaku revolusi tidak lama lagi.

Kias Bahasa 2

Kata kawan aku

sehebat mana kita didunia, 
kita tetap berdaftar dalam senarai menunggu malaikat maut


Kata dia lagi


Sebelum buat
Ingat-ingat
Fikir-fikir
Kita ada dunia
Kita ada akhirat
Kita ada tuhan yang melihat



Selamat Tahun Baru.


P/S : We need changes and i believe Islam will win this year.  


Salam berfikir.

Friday 30 December 2011

Ceritera# 9 :Dia memang r_n_u


Dia  tinggal handphone atas meja

kejap-kejap dia tekan

tengok-tengok

takut

ada mesej

tiada

bukan dia tak mahu mula

tapi kadang -kadang

ada malu

ada segan

memang dia rindu

rindu

dia mahu

Dia mahu cinta Ilahi

Salam berfikir

Thursday 29 December 2011

Ceritera# 8 : Biar kata mata kecil

Tengah hari itu mendung. Kelihatan dua anak beranak sedang tekun membajak tanah di sawah di tengah-tengah padang. Si ayah memakai but berwarna kelabu manakala si anak memakai but berwarna kuning.

Si anak berkata pada si ayah "Ayah, ada kawan saya kata mata saya kecil"

Si ayah menjawab "Allah, mudah sangat nak jawab. Cakap jea kita ni berpandangan jauh"

Si anak "Aish. Macam mana pulak tu"

Si ayah senyum.

Dia berkata "kalau kita pandang ke awan, pasti mata kita akan mengecil. Kenapa? Kerana kita sedang memandang pada sesuatu yang luas dan jauh. Kita sedang merancang sesuatu untuk satu masa yang panjang. Masa yang tiada masa. Biarlah mereka terus berkata-kata kerana mereka hanya mampu memandang apa yang ada di depan mata dengan pandangan yang buta."

Si anak termangu seketika. Berfikir barangkali.

Ini kisahku. Salam berfikir.

Tuesday 27 December 2011

Ceritera# 8: Sejuk tambah tidur

Hujan. Kabus pagi bagai menyelimuti aku.

Sejuk. Menuntun aku ke alam mimpi.

Arghhh..Apa kau buat ni.

Baek kau bangun. Amik air sembahyang. Solat sunat dhuha dulu. Bukan susah. Dua rakaat jea.

Imiginasi 4

Sulaiman sedang bergolek.


Kadang-kadang dia tersenyum. Menggengam tangan kepuasan. Bantal dipeluknya erat. Tidak dihiraukan hujan yang lebat di luar rumah. Walau bunyi titik air di atas atap bagai M-16 menenbak sasaran tepat.


Entahlah la. Dia dalam dilema barangkali. Senyumnya tak lama. Bila diimbau nasihat sahabatnya dia mula termangu. 


Duduk berfikir. Apa akan jadi seterusnya. Sedang dia berfikir, datang sebuah kapal. Asing baginya. Tak pernah dilihatnya. 


Sedar-sedar satu pancaran cahaya menebak dirinya. Dia diangkat masuk ke dalam kapal tersebut.


Dia pengsan. Tak lama kemudian dia tersedar.


Dia memandang sekeliling bilik yang dihuninya. Penuh dengan barangan zaman Elizabethan. Ada set kerusi dan meja mahogani yang cukup besar. Ada katil yang dibuat dari kayu oak dan mempunyai seni ukir yang amat halus. Bila ditelitinya dia terfikir akan kesamman ukiran tersebut dengan seni ukiran budaya parsi. Entah. Di atas katil ade seekor patung. Elmo warna oren. Dia tertarik. Dia menarik.


Dia memegang patung elmo itu seketika. Lantas dia terfikir akan perkara yang membuatnya senyum seketika. Dia bahagia. Namun tidak lama. Kepalanya seakan-akan berputar. Dia pening.


Dia sedar. Dia sedang berada dalam biliknya. Di atas katil bujang tak bertingkat. Entah. Apa yang difikirkannya. 

Monday 26 December 2011

Kias Bahasa 1

Choose your leaders with wisdom and forethought
To be led by a coward is to be controlled by all that the coward fears.
To be led by a fool is to be led by the opportunists that control the fool
To be led by a thief is to offer up your most precious treasures to be stolen
To be led by a liar is to ask to be told lies
To be led by a tyrant is to sell yourself and those you love into slavery.

Sunday 25 December 2011

Imiginasi 3


Sometimes it scares me.

Ceritera# 7: Imiginasi revolusi.

Kawan aku pernah kata "Its a new day. People change"


Aku terus berfikir. 


Kalau manusia boleh berubah mengapa entiti yang lebih besar tak berubah. Macam kerajaan atau pentadbiran.


Dulu aku pernah berimiginasi bersama revolusi. Bersama menentang penindasan yang kita sendiri tak nampak. Mata kita dikelabui dan minda kita disekat. Macam neo yang mencari kebenaran dalam cerita Matrix. 


Baru-baru ni kecoh bab penurunan bendera lima minit. Naik bendera revolusi akedemik yang diminta oleh mahasiswa. Aku memang tabik dengan Adam Adli. Pelajar dari UPM. Untuk makluman Adam Adli adalah pelajar jurusan Tesl.


Keberanian dia menurunkan bendera tersebut memang satu kekaguman bagi aku. Ini baru benar perjuangan mahasiswa. Berani mengekpresi apa yang dia rasa. Berani meminta akan kebebasan dalam berakedemik.


Bukan sampai pelajar jadi gay. Ini satu kesan dari gaya pendidikan dalam negara kita. Sepatutnya kita perlu ada sedikit sensitiviti dan cuba untuk berevolusi. Jangan terperuk dalam imiginasi duniawi sahaja.


Entahlah...Aku menulis hanya untuk meluah. Dan aku cuba berubah.


Buat kawan aku yang tengah bersedih . Cuba la ubati hati yang rana itu dengan membaca surat-surat cinta dari tuhan. Ada 114 surat..pilih mana-mana satu.


Salam berfikir.

Ceritera# 6: Ustaz aku

Aku ada seorang ustaz. Beliau merupakan seprang yang cukup alim.

Pagi-pagi lepas subuh dia datang memimpin kami pelajar dengan bacaan wirid yang panjang. Ketenangan menjalar dalam jiwa. Siapa tak suka kalau sakinah datang menyentuh hati. Bukan perepuan bernama sakinah. Lelaki mana boleh senang-senang sentuh-sentuh perempuan. Allah sebut terang dalam Al-quran dan melalui sunah nabi.

Ini sakinah yang berbeza. Ketenangan yang damai dalam hati. Aku berdoa pada Allah untuk melindungi aku. Aku tak mahu ketenangan yang aku rasakan hanyalan mainan setan terkutuk. 

Ustaz aku ini merupakan seorang yang kuat berimiginasi.

"Cuba bayangkan satu hari kita pergi belakang rumah kita. Kita cangkul dan cangkul tanah. Tiba-tiba kita terjumpa harta-harta dalam zaman perang melaka dulu. Tak pun kita jumpa harta-harta dalam istana cik siti wan kembang. Kita kira duit tu dan kena cepat-cepat bayar zakat pada kadarnya. Harta ini dikenali dengan nama rikaz dalam Islam. Kitab syeikh Daud Fathoni ada menerangkan mengenai bab ni,"

Hanya ingin menerangkan mengenai jenis zakat. Aku suka ustaz aku.

Bersambung..

Salam berfikir.

Ceritera# 5 : Main Titik

Kipas berpusing perlahan atas kepala kami. Aku semacam dapat melihat asap keluar dari kepala setiap orang. Kami ada 8 jam sehari. Menhadam apa yang perlu. 

Semua kelihatan cuba menumpu perhatian. Walupun ada yang telah lama syahid. Terbungkam muka di dada meja. Ustaz di hadapan sedang asyik berkata.

Tiba-tiba dia berhenti berkata dan mata mula melata. Matanya berhenti dan fokus pada satu sudut.

"Heh, aku ajar susah payah kau main titik dalam kelas."

Budak itu terkejut.

Masakan tidak. Dia berumur 13 belas tahun. Duduk bersama remaja 20-an. Belajar satu fasal yang amat berat.

Bagiku dia penat. Bukan tidak beradap. 

Masakan tidak. 8 jam kami menyerap segala yang dikatakan.

Salam berfikir

Friday 16 December 2011

Imiginasi 2

Aku ambil kunci kereta itu dari raknya

Aku bawa ke downtown di mana mereka bertemu 

Semua anak jalanan

Aku bawa kereta kesana bertemu mereka

Kerana mereka menjanjikan kebebasan

Itulah mimpi aku

Apabila mereka pecahkanya menjadi serpihan-serpihan kecil

Aku akan menjadi Ros merah yang besar terbakar di batu konkrit

Menjadi hati kartun

Menyalakan api dari serpihan cahaya

Membara di dalam hatiku

Kami akan bebas. Membesar dan bebas

Kami akan menyinar dalam kegelapan


Terjemahan bebas Mr.LelakiBerspekHitam

Ceritera #4. Petang itu

Milo panas dan harakah menjadi habuan. Kisah politik menjadi santapan. Panas. Macam air milo yang aku minum.

Online dan buka Facebook. 

Logout facebook.

Masuk Balik.

Logout balik.


Masuk balik.


Keluar.


Hmmmmm..

Baik aku amik ma'thurat dan baca. Daripa mengadap depan mukabuku tak habis-habis.

 

Kispen #1

Aku hilang dalam lautan manusia yang terlalu ramai itu. Semua yang datang bagai mabuk mencari keseronokan didukungi bertan-tan nafsu. Mereka datang dengan pelbagai jenis ragam dan berbagai jenis pakaian. 

Aku mula rimas lantas memencil diri. Aku menapak ke arah belakang khemah yang mempunyai atap kon berwarna-warni. Bosan menyendiri aku menyeluk tanganku ke dalam poket sebelah kanan. Mengeluarkan kotak yang tertulis ditepinya "merokok boleh membunuh". Terdapat juga gambar-gambar yang bagiku cukup ngeri. Sering aku buat-buat tak nampak gambar dan perkataan tersebut. Menipu diri sendiri. Hipokrit kata orang ilmu. Entahla.Aku terima sahaja.

Tak lama kemudian datang seorang pemuda yang cukup kemas. Rambutnya yang ikal disisir kemas ke belakang. Janggut digunting nipis. Dia memakai cap rasta berwarna-warni. Khusyuk dia memberus belakang kuda yang ada di kandangnya. Aku mendekat dengan intention untuk berbual dengannya.


Assalamualaikum.


Waalaikumussalam.


Aku Bront. kau?


Saya Sulaiman.


Aku tengok kau tenang je memberus kuda. Sedangkan rakan-rakan seangkatan umur dengan kau sedang seronok bermain dan berlari dalam dunia sarkis ini.


Dia tenang. Tersenyum. Mungkin sudah biasa menerima provokasi sebergitu. Barangkali.


Manusia hedonis bagai seekor kuda yang terjerat dalam kandang kuda. Terjerat dan tersangkut. Walaupun sebenarnya hutan terbentang luas di hadapan kandangnya. Afiq membalas provokasi aku. Dia terus memberus batang tubuh kuda dihadapanya. Penuh kasih-sayang.

Aku pelik. "Apa maksud kamu menyamakan manusia dengan kuda. Kan lain tu. Binatang versus manusia."

Afiq meneruskan kata. Lancar bagai tiada penghadang. 
"Aku tak bermaksud menyamakan manusia dengan kuda. Makhluk tuhan itu nyata berbeda dengan manusia. Ku hanya ingin kau berfikir sahabat. Bila manusia diepnuhi hawa nafsu terutama nafsu kebinatangan mereka mula merendahkan tahap kemuliaan mereka. Mereka menjatuhkan darjat mereka sendiri. 


Tengoklah dunia hari ini. Hari-hari kau baca paper. Lain berita tapi berputar pada isu yang sama.


Atuk gersang.


Cucu mangsa serakan datuk.

Datuk terhangat.

Nenek rindu datuk.


Datuk main buah.


Macam-macam.


Afiq menyambung.


Mereka mula mengabdi diri pada nafsu fikiran sendiri. Bukan pada surat cinta ilahi. Hanya mementingkan diri sendiri. Tidak mahu bergantung lagi pada ilahi. Mereka tinggalkan sunnah nabi. Padahal bila ditanya adakah kau muslim mereka akui. 


Aku senang mendengar penjelasan afiq. Walau hanya penjaga kuda namun dia seorang yang faham. Aku terus menghembus rokok. Bau Dunhill belum lagi hilang. mungkin barangkali kalau aku kemam hacks yang akan aku beli mampu hilangkan bau itu. Bau itu hilang tapi bukan nafsu yang hilang. Merokok juga nafsu.

Thursday 15 December 2011

Ceritera #3 : English

Aku pernah buat survey pasal pemahaman anak muda di kota raya. Lepas photosat siap-siap semua aku berjalan di satu mall. Kesana kemari mencari respondan. Bukan pondan. Respondan aku adalah dari kalangan remaja. Respondan pertama aku nampak muda. Aku pergi dekat dia. Bagi salam dan bersalam. Kemudian kami sembang sikit dan aku bagi sehelai kertas survey. Aku tengok dia tulis umur. 24 tahun. Aduh bang. Muka nak muda jea. Engat belasan tahun.

Aku tak putus asa. Bukan seorang di mall tersebut. Beribu-ribu. Akku tengok ada beberapa remaja perempuan. Aku dekati mereka. dengan niat yang betul. Bukan untuk mengurat atau memancing hati.
Aku bagi salam dan mereka jawab. Alhamdulillah.
Aku terus tanya 'Can I ask you a favor? I want you to fill up this form for me. You're gonna answer a very simple question about Islam. "
 Mereka merenung aku. Lepas tu angkat tangan dan jawab "Sorry bang, kami nak cepat".
Mereka berlalu pergi.

Masa post-moterm kawan aku beritahu " ada jugak dalam kalangan kita yang approach budak-budak dan speaking. Masa budak-budak tu lalu sebelah saya , saya dengar mereka berbisik "Eh! abang tu speaking la."

Speechless. Komunikasi itu penting. Pelajaran buat aku.

Salam berfikir.

Ceritera #2 : Budak KTM

Aku berjalan ke KTM semalam. Nak amik train ke Putra. Lepas tu nak amik bas balik terengganu. 

Dah puas aku berjalan ke sana kemari. Jalan ke Bandar Hilir melaka yang ada Mahkota Parade (Baca: perit). Perit mata aku tengok orang buka aurat sana sini. Aku bukan ustaz tapi aku tau batas halal haram. Aku pergi Dataran Pahlawan. Bagus nama nak engat kembali pejuang-pejuang. Tapi yang datang ramai berkepit tangan dan bercumbuan. Bila masa mereka ingat pahlawan kebangaan mereka. Kalau itu pun tiada macam mana dengan Tuhan
.

Sambil tunggu train aku bukak Quran. Aku baca surah Al-Mulk. Aku cuba menghayati makna-makna di setiap ayat. Sampai satu ayat tentang Allah menyuruh kita berjalan ke seluruh alam dan makanlah daripada rezekinya. Aku bersembang dengan adik aku. Aku tengok orang sebelah aku pun menjengukkan kepala. Perempuan yang lebih berusia dari aku kelihatan beralih tempat. Aku bersangka baik. 

Biarlah. Itu Al-Quran aku. Bukan nak menunjuk tapi itu hak aku. Benar kubur lain-lain. Aku setuju. Tapi janganlah tunjuk sentimen sangat bila orang muda macam aku nak buat amal sikit. Aku pernah terbaca status facebook kawan aku.


we all know there is no age for death, that first may actually be our last breath.
Aku sampai di terengganu jam 5.00 pagi. Alhamdulillah. Kawan sekampung datang ambil. 

Tak perlu aku cerita semua. Cuma KTM jadi kenangan. 

Kadan-kadang manusia ini lebih pesimis. Baik kita jadi manusia yang optimis. 

Salam berfikir.  

Imiginasi 1

Awan putih kelihatan hampir berputar di bawah lagit dunia. Perlahan dan lembut. Suasa agak tenang dan berkabus. Kelihatan seseorang berjalan. Rambutnya yang ikal mayang mengurai di bawah paras bahu. Cantik. Definasi cantik terletak pada diri seseorang.

Kecantikan wanita itu bagaikan permata. Masih lagi bernilai walaupun dikelilingi pecahan kaca. Masih lagi dinilai walaupun tenggelam dalam lautan garam dunia. Gaun putih yang dipakai perempuan itu sangat cantik. Sangat sesuai dengan tubuhnya. Tak perlu diceritakan lagi. 

Dia berjalan menuju ke satu tempat. Yang nyata ia bukan tempat yang baik. Perempuan itu masuk melalui sebuah pintu. Terserlah kuasanya pabiila pengawal di pintu bagai khali. Barangkali tertawan dengan keindahan. Mata. Bibir. Tengkuk. Tubuh perempuan itu bagaikan ada kuasa medusa si dewi Greek. Lelaki keras tidak bergerak bila terlihat wanita itu. Barangkali dia benar-bernar medusa.

Dia masuk ke situ untuk memuaskan nafsu dunia. Dialah wanita berbonggol unta. Dialah wanita neraka. Walaupun cantik namun hanya syuga di dunia.



Ceritera # 1 : Berjuang atau beruang

Dia buka Acer Aspire 4736

Masukkan pasword

Tunggu kejap dan refresh dua tiga kali. 

Dia tengok line internet.

Buka Mozilla firefox. Lambang serigala keliling dunia. Macam ada maksud tersirat jea. Iluminati pun pakai one eye.

Dah ciap loading dia buka facebook.

Dia masukkan kata " Pejuang tidak harus takut untuk bangun. Pejuang harus sentiasa cergas. Pejuang pembebasan perlu sentiasa aktif - Via LelakiBerspekHitam."

Kemudia dia tunggu orang like sambil makan nasi berlaukkan ayam. Dia akan komen kaw-kaw. Bagi semangat orang naik katanya.

Azan asar berkumandang. Dia tutup laptop. Dia masuk bilik. Tarik selimut. Buka aircond nombor 16.

Senyap.

Berfikir untuk berjuang barangkali beruang sekor ni. 

Salam berfikir.