Tuesday 7 February 2012

Ceritera# 25: Penghargaan

Kelas penuh hari itu, namun Hubungan Etnik sering menarik minat aku untuk terus fokus.

Entah menagpa aku memang minat subjek-subjek yang memerlukan bacaan dan daya fikir kritikal yang tinggi..

Contohnya Animal Farm yang menggunakan haiwan untuk mengintrepitasikan sikap segolongan manusia yang menyalahgunakan solidariti rakyat untuk kepentingan sendiri.

Namun itu bukan fokusku.

Aku hanya ingin "berbangga" bila guruku menegur sikapku yang suka membaca.

Guru "Awak memamng suka membaca ye"

Aku " ya encik. Boleh laa"

Guru " Biasa ke baca tulisan geng-geng hisyamudin rais dan lain-lain"

Aku "boleh la. Blog dia pon seronok baca"

Guru " Awak kena stand kuat tau kalau baca tuisan diorang"

Aku " saya dah didedahkan dengan tulisan ikhwan muslimin sejak sekolah lagi encik"

Kias Bahasa 6: kata orang

Kata orang

"Kita hidup dalam kolam, laut besar sedang menunggu.

Berlatihlah berenang agar disana kita tak hilang atau lemas dalam kegelapan"

Kias Bahasa 6: kata orang

Kata orang

"Kita hidup dalam kolam, laut besar sedang menunggu.

Berlatihlah berenang agar disana kita tak hilang atau lemas dalam kegelapan"

Saturday 4 February 2012

Kias Bahasa 5: Salam Maulidur Rasul

Dikau dilahirkan dalam suasana yang megah
Tapi takdir menentukan dikau berada dalam jalan yang susah
penuh dengan dugaan yang payah
Penuh dengan ranjau yang memenatkan

Al-Quran kau sampaikan
As-Sunnah kau tinggalkan
Itulah Pegangan
Itulah panduan

Friday 27 January 2012

Ceritera# 24: Realiti.

Selesai menonton songlap di youtube. 

Fantasi atau realiti.

Beberapa masalah sosial menjadi fokus utama pengrah filem ini. Buang bayi, ketagihan dadah, hiburan melampau adalah antara masalah yang diketengahkan.

Institusi keluarga yang banyak rencam menjadi tumpuan dan diangkat dan dibincang.

Makna persahabatan dan makna hidup dalam lingkungan adik beradik. 

Rencam dalam cerita ini kurang difikirkan ahli fikir hari ini.

Mereka hanya berfikir tentang bagaimana ingin mengisi perut mereka penuh tanpa memikirkan adakah keperluan mereka dibawah perlu dipenuhi.

Kalau kita rajin menelaah karya George Orwell kita akan bertemu idea socialism. Memang "ism" adalah semangat yang kurang bagus. 

Tapi ia bangun dari semangat kesedaran yang ada. Animal Farm Karya George Orwell membincangkan mengenai pemerintah tirani. Pemerintah yang tidak memikirkan hidup rakyat.

Kesan pemerintah sebergitu adalah apa yang kita lihat hari ini.

Masalah demi masalah terus berlaku. 

Salam berfikir.  


Ceritera# 23: Aduh (~_~)

Aduh.

Letihnya rasa jiwa.

Bila sahabat mula bertanya "How are you and how's your Iman"

Sahabat. Sudah lama kita tak bertandang ke ladang untuk menanam. Menanam benih pahala untuk dituai disana nanti.

Aku rindu pada Bulatan Gembira.

Aku rindu untuk berbicara dan bergurau senda dengan mereka.

Dalam suasana yang penuh mahabbah.

Revolusi.Revolt.

Sahabat. Mari menelaah seketika melalui pena kata mereka.

1. revolusi bulatan gembira.
2. sedikit sejarahnya.


Rindu padanya.

Salam berfikir.

Tuesday 24 January 2012

Ceritera# 22: Oh! Mimpi

Angin sepoi-sepoi bahasa mengelus lembut pipiku. Suasana di kawasan pantai tempat kami berkelah cukup tenang dan membahagiakan. Aiman, sepupuku sedang bermain dalam sebuah kapal. Barangkali kapal nelayan yang dibiarkan di tengah-tengah musim tengkujuh ini.


Aku memaut lengan budak bernama Hani itu. Dia anak perempuan sepupuku. Comel. Aku bawa dia merentasi kawasan pasir di pantai ke gigi air. Kami bermain. Tidak semena-mena Aiman menjerit. Memanggil kami untuk bersama-sama bermain di atas kapal yang dinaikinya saat itu.


Aku mengambil sampan. Sampan yang tersadai di atas pasir. Renik-renik peluh kelihatan taktala aku sudah selesai menolak sampan itu ke dalam air. Aku meletakkan Hani di dalam samapan dan aku menaikinya. Aku dayung dampan itu dengan baki tenaga yang ada.


Tiba-tiba. Aku mendengar jeritan Hani. kepalaku berpusing. Berpinar. Kami terperosok di hujung sampan. Hujung yang satu lagi menghadap ke atas. Aku dapat merasakan bahawa sampan itu bagaikan terbang. Sesaat kemudian aku berada di awangan. Cepat. Aku tangkap kemas tangan Hani dan membawanya ke dadaku. Akan ku selamatkan Hani biarpun tubuhku menjadi galang ganti.


Kami jatuh di atas pasir. Sampan itu jatuh betul-betul di atas kami. Mujur ia jatuh dalam keadaan terbalik. Aku mendengar Ibu Hani menjerit. Aku melihat bayangan manusia. Tetapi mataku kabur. Aku memeluk Hani seerat-eratnya. Aku dapat merasakan diriku diusung. Sampan yang menutupi kami dialih beramai-ramai.


..............................................................................................................................


Itu mimpiku. Pening.
Untuk aku mentafsir mimpi sebegitu.
Tapi aku tahu.
Bila mimpi datang waktu aku tidur petang.
Itu hanya mainan setan.