Friday 27 January 2012

Ceritera# 24: Realiti.

Selesai menonton songlap di youtube. 

Fantasi atau realiti.

Beberapa masalah sosial menjadi fokus utama pengrah filem ini. Buang bayi, ketagihan dadah, hiburan melampau adalah antara masalah yang diketengahkan.

Institusi keluarga yang banyak rencam menjadi tumpuan dan diangkat dan dibincang.

Makna persahabatan dan makna hidup dalam lingkungan adik beradik. 

Rencam dalam cerita ini kurang difikirkan ahli fikir hari ini.

Mereka hanya berfikir tentang bagaimana ingin mengisi perut mereka penuh tanpa memikirkan adakah keperluan mereka dibawah perlu dipenuhi.

Kalau kita rajin menelaah karya George Orwell kita akan bertemu idea socialism. Memang "ism" adalah semangat yang kurang bagus. 

Tapi ia bangun dari semangat kesedaran yang ada. Animal Farm Karya George Orwell membincangkan mengenai pemerintah tirani. Pemerintah yang tidak memikirkan hidup rakyat.

Kesan pemerintah sebergitu adalah apa yang kita lihat hari ini.

Masalah demi masalah terus berlaku. 

Salam berfikir.  


Ceritera# 23: Aduh (~_~)

Aduh.

Letihnya rasa jiwa.

Bila sahabat mula bertanya "How are you and how's your Iman"

Sahabat. Sudah lama kita tak bertandang ke ladang untuk menanam. Menanam benih pahala untuk dituai disana nanti.

Aku rindu pada Bulatan Gembira.

Aku rindu untuk berbicara dan bergurau senda dengan mereka.

Dalam suasana yang penuh mahabbah.

Revolusi.Revolt.

Sahabat. Mari menelaah seketika melalui pena kata mereka.

1. revolusi bulatan gembira.
2. sedikit sejarahnya.


Rindu padanya.

Salam berfikir.

Tuesday 24 January 2012

Ceritera# 22: Oh! Mimpi

Angin sepoi-sepoi bahasa mengelus lembut pipiku. Suasana di kawasan pantai tempat kami berkelah cukup tenang dan membahagiakan. Aiman, sepupuku sedang bermain dalam sebuah kapal. Barangkali kapal nelayan yang dibiarkan di tengah-tengah musim tengkujuh ini.


Aku memaut lengan budak bernama Hani itu. Dia anak perempuan sepupuku. Comel. Aku bawa dia merentasi kawasan pasir di pantai ke gigi air. Kami bermain. Tidak semena-mena Aiman menjerit. Memanggil kami untuk bersama-sama bermain di atas kapal yang dinaikinya saat itu.


Aku mengambil sampan. Sampan yang tersadai di atas pasir. Renik-renik peluh kelihatan taktala aku sudah selesai menolak sampan itu ke dalam air. Aku meletakkan Hani di dalam samapan dan aku menaikinya. Aku dayung dampan itu dengan baki tenaga yang ada.


Tiba-tiba. Aku mendengar jeritan Hani. kepalaku berpusing. Berpinar. Kami terperosok di hujung sampan. Hujung yang satu lagi menghadap ke atas. Aku dapat merasakan bahawa sampan itu bagaikan terbang. Sesaat kemudian aku berada di awangan. Cepat. Aku tangkap kemas tangan Hani dan membawanya ke dadaku. Akan ku selamatkan Hani biarpun tubuhku menjadi galang ganti.


Kami jatuh di atas pasir. Sampan itu jatuh betul-betul di atas kami. Mujur ia jatuh dalam keadaan terbalik. Aku mendengar Ibu Hani menjerit. Aku melihat bayangan manusia. Tetapi mataku kabur. Aku memeluk Hani seerat-eratnya. Aku dapat merasakan diriku diusung. Sampan yang menutupi kami dialih beramai-ramai.


..............................................................................................................................


Itu mimpiku. Pening.
Untuk aku mentafsir mimpi sebegitu.
Tapi aku tahu.
Bila mimpi datang waktu aku tidur petang.
Itu hanya mainan setan.

Monday 23 January 2012

Imiginasi 8








































Akametsu.

Benarkah dunia kan aman jika sudah tiada penjahat.

Adakah definisi penjahat itu hanya pada mereka yang melakukan kejahatan fizikal.

Bagaimana pula dengan mereka yang menindas mental manusia dan juga berhasad dengki?

Bagaimana dengan mereka yang menyalahguna kuasa?

Bagaimana dengan mereka yang menindas penuntut ilmu?

Sunday 22 January 2012

Ceritera# 21: Cerdik?

Mood : getaran jiwa versi alaf baru


Biar la orang kate aku cepat sangat post yang baru tapi itu hak aku. Aku manusia berakal. Kadang-kadang tak mampu save memory lama-lama macam save file dalam Harddisk. 


Saban hari kerajaan kita ingin membangunkan anak bangsa. Mujur dalam Falsafah pendidikan kebangsaan yang pernah aku terbelek mengatakan bahawa mereka menumpukan perkembangan JERI. 


Apa itu JERI?


Bukan nama member-member yea. Memang ada member aku yang bernama Jeri namun Falsafah Pendidikan Kebangsaan tak sepenuhnya dipenuhi. 


JERI adalah singkatan pada
Jasmani
Emosi
Rohani 
Intelek.


Jadi salah satu aspek pembangunan insan di Malaysia ialah Intelek.


Aku terbabas ke blog Andrew Sullivan. Dia macam penganalisis politik di Amerika. Macam Mohd Sayuti Omar (MSO punya blog). 


Ada satu post tentang cerdik. Macam mana jika dunia dilimpahi orang bijak. Satu pandangan pendek oleh Natalie Wolchover. 


Bacalah Can Smart save us? (Kalau anda rajin)


Salam berfikir. 

Ceritera# 20 : Kenal Kawan

Aku terdengar seorang ustaz berkata "cara kita nak kenal peribadi manusia adalah melalui tiga keadaan"


  1. Kita makan bersama
  2. Kita tidur bersama
  3. Kita musafir bersama mereka.
Tidak mahu aku ulang. Tidak mahu aku syarah. 

Ceritera# 19 : Tak tahu kepada tahu sikit

Kunjungan aku ke Kajang baru-baru ini memang memberi manfaat sedikit sebanyak pada diri. Aku belajar erti sabar. Aku belajar erti susah untuk mengurus. 


Walau macam mana pun situasi yang berlaku ke atas diri percayalah ia telah ditetapkan oleh Allah. Dan ada hikmahnya. Siapa yang sangka silap kami mengatur waktu perjalanan menyebabkan aku dapat merasa Sushi. First Time ini my life. Syok jugak.


Apa pun proses belajar tak pernah terhenti. Aku belajar untuk memahami;. Agar kerja yang aku lakukan adalah atas dasar pemahaman. Bukan atas dasar semangat yang mampu pudar dalam waktu yang singkat. Aku belajar memahami erti gerakkerja yang dilakukan. Walaupun kita hanya insan biasa. Tiada ilmu yang tinggi dan pemikiran yang genius tapi tetap istiqamah dalam bekerja.


Entahlah. Aku telah menyaksikan mereka yang hebat. Tapi jatuh pada jalan mula. Bagaimana dengan mereka yang hebat. Mao Tze Tong, Aung Sang Tsu ki, Mahathir. Pasti mereka melalui jalan yang panjang. Tapi aku tak bersetuju dengan ideologi mereka.


Biarlah aku berpandu pada ulama. 

Thursday 19 January 2012

Ceritera# 18: Kembali Budak

Aku baru selesai menonton Rock Lee beraksi. Honestly memang aku ingat dia dari zaman aku kecil lagi.

Dalam banyak-banyak watak dalam komik Mashashi Kishimoto ini aku memandang Rock Lee kerana unsur realiti yang ada padanya.

Dia seorang yang wajar dicontohi. Cukup rajin berlatih walau tahu dirinya tidak dikurniakan kelebihan dan keunikan seperti budak yang lain.

Dia mencabar orang yang lebih kuat walaupun tahu dia akan kalah. Tidak pernah pesimis dan sentiasa optimis. Soerang yang gila-gila tapi mempunyai sifat istiqamah yang tinggi.

Biar aku macam kembali pada zaman budak. Bincang tentang Rock Lee. Tapi aku suka pada sifat positif yang ada pada dirinya.

Dia memang osem.


Tuesday 17 January 2012

Imiginasi 7

Angin sepoi-sepoi bahasa mengelus lembut pipinya. Kakinya menguis pasir-pasir halus di gigi air. Dia memandang jauh. Suka untuk menyendiri. Mungkin untuk merenung nasib diri dalam dunia ini.

Meuwwww


Dia terdengar rengekan kecil. Dia berpaling dan terlihat binatang yang comel itu. Keseorangan dan mungkin kesejukan. Dia berjalan kearah kucing tersebut. Perlahan kerana tidak mahu menakutkan. Dia bukanlah penggemar kucing namun dia ada sifat belasnya.

Kau buat apa disini?


Dia melontar soalan walau tahu kucing itu tak mampu menjawabnya.

Mana tuanmu. Mana penjagamu. 


Dia terus bertanya. dan banyak soalan yang ditanyakannya. Dia bukan orang gila.

Imiginasi 6

Petang itu redup. Awan bagai memahami bahasa hatinya waktu itu. Tanganya ligat menenyeh jerami padi yang dari tadi dia kunyah. Dia sedang berfikir.

Kadang-kadang resam dunia meyebabkan ketidakadilan berlaku. Senang dia memberi contoh. Dia ada dalam satu komuniti dan komuniti itu hanya ada tiga lelaki. Selainya kaum hawa yang lahir dari tulang rusuk Adam yang bengkok. Diluruskan patah, dibiarkan semakin bengkok.

Kadang-kadang mereka bertiga bagai terkunci mulutnya. Tiada hak untuk bersuara. Bila mengundi resamnya kalah sentiasa. Kerana apa. Kerana mereka golongan minoriti dalam komuniti. Dia merasainya dan dia perlu seseorang untuk memahami dia. Entahlah.

Kadang-kadang dia bukan tidak tahu muslihat dari pihak majoriti. hanya mereka cerita agar dia memihak padanya. Padahal dialah kepalanya. Ia bagai konspirasi dan nyata taktik mengorbankan golongan yang kecil dan minoriti dalam catur diamalkan dalam dunia realiti.

Itu baru satu komuniti yang kecil. Bagaimana pula dengan satu negara yang lebih besar.

Ceritera# 17: Tipu dan daya

Mood: Mardy Bum by Arctic Monkey dengan Lover In Japan by Coldplay

Masa berlalu bergitu sahaja. Manusia kadang tak sedar. Entahlah. Tak sedar mereka ditipu suasana. Tidak faham tentang reletif masa.

Namun aku bukan mahu berbincang tentang masa. Telah ramai manusia berbica tentangnya. Aku hanya mahu berbicara tentnag tipu dan daya.

Aku akan belajar tentang peristiwa berdarah inter-kaum dalam negara aku dan aku suka. Kerana banyak konsirasi yang aku dengar tentang peristiwa ini.

Aku harap aku akan belajar sesuatu tentangnya dan masa yang aku gunakan bermakna.

Tuesday 10 January 2012

Ceritera# 16: You're the Fireworks

Mood : Radiohead-Creep.


Pelik kan. Kadang-kadang kita tak sedar tindakan kita selalunya effect orang lain.


Walaupun dengan hanya sekelumit senyum orang sekeliling tengok senang. Itulah konsep Butterfly effect.


Biarlah orang bagi duri kita tetap bagi senyum. Macam pokok. Dilempar dengan batu tapi dia memberi buah yang masak ranum dan manis.


Entahlah.


Kawan aku ada kata :


"you're not a firework, you're the fire that start everything. always be on fire!"


 Akan buat yang terbaik. 


Aku cuba untuk membaca keadaan semasa. Tapi kadang-kadang tak terkejar dengan masa yang ada.



Saturday 7 January 2012

Ceritera# 15: Bocor Kecil

Aku bukanlah seorang yang berpengalaman dalam berorganisasi


Aku bukanlah terlalu matang dalam menentukan kuasa. 


Namun sekurang-kurangnya aku cuba untuk belajar. Cuba untuk menghormati yang lebih tua.. Cuba meletakkan ego ditempat yang rendah dalam diri.


Biarkanlah...


Cuma aku belajar satu perkara.




Tentang kapal. Tentang kondisi dan keadaan kapal.


Tentunya semua anak kapal ingin menuju pada satu destinasi. Dan destiniasi itu adalah sama.


Mereka perlu berkerja. Bersama-sama.


Bila bocor. Mereka harus bersama-sama membaiki. Biar yang bocor itu halus dan seni.


Kerana tekanan di lautan yang tingggi. Kecil atau besar bocor itu mampu menegelamkan kapal.


Sama-seperti sebuah organisasi. Masalah kecil perlu diselesaikan. Tapi biar kena dengan caranya. 


Salam berfikir bagi yang mahu.

Thursday 5 January 2012

Ceritera #14 : Bernafas dengan buku

Dah lama aku tak membelek page goodreads aku.


Dapat peluang dia buat hangit pulak. "Goodreads is currently unavailable"


Aduh penat macam ni. Bagilah chances nak survey buku. Aku nak bernafas dengan buku (tema goodreads malaysia)  jugak tahun ni. Walaupun tahun lepas tak capai target. At least aku dapat jugak tengok huruf-huruf ats kertas menari depan aku.


Entahlah. Kalau aku minat nak baca buku aku dapat tengok huruf tu macam menari. Kadang-kadang sampai berjam-jam aku tengok huruf tu menari. Seronok tak terkata.


Tapi aku dalam proses transisi jugak. Banyak lagi buku yang "ilmiah" perlu aku cari.


p/s : Betul bernafas dengan buku kerana ia sumber ilmu tapi berpeganglah dengan Quran kerana ia wahyu


Salam berfikir buat diri.

Ceritera# 13: Penat

Entahlah.


Kadang kita sibuk orang bukan faham kenapa.


Cukuplah.


Hanya DIA tempat mengadu

Tuesday 3 January 2012

Kias Bahasa 4 : Pucuk tebu



Umpama pucuk dan akar

jauh, cukup jauh

ruas yang dekat dengan akar

pasti manis , pasti

cuba rasa dipucuknya

tawar, payau, keras 



itulah umpama tarbiyah diri

jauhnya kita dengan nabi

bagaimana dengan janji

yang telah kita pateri

sebelum kita lahir lagi

mari kita insafi


Semakin kita jauh dengan nabi

semakin tawar iman di hati

namun yakinlah pada diri

bahawa nabi masih menyayangi.

lau kana bainina.

Sunday 1 January 2012

Ceritera# 12: Redha



aku redha dengan ketentuan-MU

ia satu peringatan

ia satu cabaran

buat masa yang mendatang

Imiginasi 5

Redup


sambil melayan Fynn Jamal.


Aku rasa aura dia sama dengan Butterfinger


ada jugak sama dengan Coldplay


Dia punya muzik unik


Dia punya kata menusuk

Kias Bahasa 3 : Melayan



Langit petang redup
camar mula pulang
malam mula mendatang
mendung metutup tirai siang


Dia ditemani batu dan kayu
pasir-pasir dan gemersik bunyi 
ombak menghempas pantai
angin menepuk pipinya berkali-kali


Dia cuba mengerti
perasaan diri
erti hidup ini
makna kata hati


Telah dia cuba
memahami mesej sang mentari
telah dia cuba
memahami kasih sayang sang bulan


Entah
dia merasa dirinya masih hilang
dirinya masih melayang
kedunia yang tak kesampaian