Tuesday 24 January 2012

Ceritera# 22: Oh! Mimpi

Angin sepoi-sepoi bahasa mengelus lembut pipiku. Suasana di kawasan pantai tempat kami berkelah cukup tenang dan membahagiakan. Aiman, sepupuku sedang bermain dalam sebuah kapal. Barangkali kapal nelayan yang dibiarkan di tengah-tengah musim tengkujuh ini.


Aku memaut lengan budak bernama Hani itu. Dia anak perempuan sepupuku. Comel. Aku bawa dia merentasi kawasan pasir di pantai ke gigi air. Kami bermain. Tidak semena-mena Aiman menjerit. Memanggil kami untuk bersama-sama bermain di atas kapal yang dinaikinya saat itu.


Aku mengambil sampan. Sampan yang tersadai di atas pasir. Renik-renik peluh kelihatan taktala aku sudah selesai menolak sampan itu ke dalam air. Aku meletakkan Hani di dalam samapan dan aku menaikinya. Aku dayung dampan itu dengan baki tenaga yang ada.


Tiba-tiba. Aku mendengar jeritan Hani. kepalaku berpusing. Berpinar. Kami terperosok di hujung sampan. Hujung yang satu lagi menghadap ke atas. Aku dapat merasakan bahawa sampan itu bagaikan terbang. Sesaat kemudian aku berada di awangan. Cepat. Aku tangkap kemas tangan Hani dan membawanya ke dadaku. Akan ku selamatkan Hani biarpun tubuhku menjadi galang ganti.


Kami jatuh di atas pasir. Sampan itu jatuh betul-betul di atas kami. Mujur ia jatuh dalam keadaan terbalik. Aku mendengar Ibu Hani menjerit. Aku melihat bayangan manusia. Tetapi mataku kabur. Aku memeluk Hani seerat-eratnya. Aku dapat merasakan diriku diusung. Sampan yang menutupi kami dialih beramai-ramai.


..............................................................................................................................


Itu mimpiku. Pening.
Untuk aku mentafsir mimpi sebegitu.
Tapi aku tahu.
Bila mimpi datang waktu aku tidur petang.
Itu hanya mainan setan.

No comments:

Post a Comment