Thursday 19 January 2012

Ceritera# 18: Kembali Budak

Aku baru selesai menonton Rock Lee beraksi. Honestly memang aku ingat dia dari zaman aku kecil lagi.

Dalam banyak-banyak watak dalam komik Mashashi Kishimoto ini aku memandang Rock Lee kerana unsur realiti yang ada padanya.

Dia seorang yang wajar dicontohi. Cukup rajin berlatih walau tahu dirinya tidak dikurniakan kelebihan dan keunikan seperti budak yang lain.

Dia mencabar orang yang lebih kuat walaupun tahu dia akan kalah. Tidak pernah pesimis dan sentiasa optimis. Soerang yang gila-gila tapi mempunyai sifat istiqamah yang tinggi.

Biar aku macam kembali pada zaman budak. Bincang tentang Rock Lee. Tapi aku suka pada sifat positif yang ada pada dirinya.

Dia memang osem.


No comments:

Post a Comment