Tuesday 17 January 2012

Imiginasi 6

Petang itu redup. Awan bagai memahami bahasa hatinya waktu itu. Tanganya ligat menenyeh jerami padi yang dari tadi dia kunyah. Dia sedang berfikir.

Kadang-kadang resam dunia meyebabkan ketidakadilan berlaku. Senang dia memberi contoh. Dia ada dalam satu komuniti dan komuniti itu hanya ada tiga lelaki. Selainya kaum hawa yang lahir dari tulang rusuk Adam yang bengkok. Diluruskan patah, dibiarkan semakin bengkok.

Kadang-kadang mereka bertiga bagai terkunci mulutnya. Tiada hak untuk bersuara. Bila mengundi resamnya kalah sentiasa. Kerana apa. Kerana mereka golongan minoriti dalam komuniti. Dia merasainya dan dia perlu seseorang untuk memahami dia. Entahlah.

Kadang-kadang dia bukan tidak tahu muslihat dari pihak majoriti. hanya mereka cerita agar dia memihak padanya. Padahal dialah kepalanya. Ia bagai konspirasi dan nyata taktik mengorbankan golongan yang kecil dan minoriti dalam catur diamalkan dalam dunia realiti.

Itu baru satu komuniti yang kecil. Bagaimana pula dengan satu negara yang lebih besar.

No comments:

Post a Comment