Tuesday 17 January 2012

Imiginasi 7

Angin sepoi-sepoi bahasa mengelus lembut pipinya. Kakinya menguis pasir-pasir halus di gigi air. Dia memandang jauh. Suka untuk menyendiri. Mungkin untuk merenung nasib diri dalam dunia ini.

Meuwwww


Dia terdengar rengekan kecil. Dia berpaling dan terlihat binatang yang comel itu. Keseorangan dan mungkin kesejukan. Dia berjalan kearah kucing tersebut. Perlahan kerana tidak mahu menakutkan. Dia bukanlah penggemar kucing namun dia ada sifat belasnya.

Kau buat apa disini?


Dia melontar soalan walau tahu kucing itu tak mampu menjawabnya.

Mana tuanmu. Mana penjagamu. 


Dia terus bertanya. dan banyak soalan yang ditanyakannya. Dia bukan orang gila.

No comments:

Post a Comment