Sunday 25 December 2011

Ceritera# 6: Ustaz aku

Aku ada seorang ustaz. Beliau merupakan seprang yang cukup alim.

Pagi-pagi lepas subuh dia datang memimpin kami pelajar dengan bacaan wirid yang panjang. Ketenangan menjalar dalam jiwa. Siapa tak suka kalau sakinah datang menyentuh hati. Bukan perepuan bernama sakinah. Lelaki mana boleh senang-senang sentuh-sentuh perempuan. Allah sebut terang dalam Al-quran dan melalui sunah nabi.

Ini sakinah yang berbeza. Ketenangan yang damai dalam hati. Aku berdoa pada Allah untuk melindungi aku. Aku tak mahu ketenangan yang aku rasakan hanyalan mainan setan terkutuk. 

Ustaz aku ini merupakan seorang yang kuat berimiginasi.

"Cuba bayangkan satu hari kita pergi belakang rumah kita. Kita cangkul dan cangkul tanah. Tiba-tiba kita terjumpa harta-harta dalam zaman perang melaka dulu. Tak pun kita jumpa harta-harta dalam istana cik siti wan kembang. Kita kira duit tu dan kena cepat-cepat bayar zakat pada kadarnya. Harta ini dikenali dengan nama rikaz dalam Islam. Kitab syeikh Daud Fathoni ada menerangkan mengenai bab ni,"

Hanya ingin menerangkan mengenai jenis zakat. Aku suka ustaz aku.

Bersambung..

Salam berfikir.

No comments:

Post a Comment