Friday 16 December 2011

Kispen #1

Aku hilang dalam lautan manusia yang terlalu ramai itu. Semua yang datang bagai mabuk mencari keseronokan didukungi bertan-tan nafsu. Mereka datang dengan pelbagai jenis ragam dan berbagai jenis pakaian. 

Aku mula rimas lantas memencil diri. Aku menapak ke arah belakang khemah yang mempunyai atap kon berwarna-warni. Bosan menyendiri aku menyeluk tanganku ke dalam poket sebelah kanan. Mengeluarkan kotak yang tertulis ditepinya "merokok boleh membunuh". Terdapat juga gambar-gambar yang bagiku cukup ngeri. Sering aku buat-buat tak nampak gambar dan perkataan tersebut. Menipu diri sendiri. Hipokrit kata orang ilmu. Entahla.Aku terima sahaja.

Tak lama kemudian datang seorang pemuda yang cukup kemas. Rambutnya yang ikal disisir kemas ke belakang. Janggut digunting nipis. Dia memakai cap rasta berwarna-warni. Khusyuk dia memberus belakang kuda yang ada di kandangnya. Aku mendekat dengan intention untuk berbual dengannya.


Assalamualaikum.


Waalaikumussalam.


Aku Bront. kau?


Saya Sulaiman.


Aku tengok kau tenang je memberus kuda. Sedangkan rakan-rakan seangkatan umur dengan kau sedang seronok bermain dan berlari dalam dunia sarkis ini.


Dia tenang. Tersenyum. Mungkin sudah biasa menerima provokasi sebergitu. Barangkali.


Manusia hedonis bagai seekor kuda yang terjerat dalam kandang kuda. Terjerat dan tersangkut. Walaupun sebenarnya hutan terbentang luas di hadapan kandangnya. Afiq membalas provokasi aku. Dia terus memberus batang tubuh kuda dihadapanya. Penuh kasih-sayang.

Aku pelik. "Apa maksud kamu menyamakan manusia dengan kuda. Kan lain tu. Binatang versus manusia."

Afiq meneruskan kata. Lancar bagai tiada penghadang. 
"Aku tak bermaksud menyamakan manusia dengan kuda. Makhluk tuhan itu nyata berbeda dengan manusia. Ku hanya ingin kau berfikir sahabat. Bila manusia diepnuhi hawa nafsu terutama nafsu kebinatangan mereka mula merendahkan tahap kemuliaan mereka. Mereka menjatuhkan darjat mereka sendiri. 


Tengoklah dunia hari ini. Hari-hari kau baca paper. Lain berita tapi berputar pada isu yang sama.


Atuk gersang.


Cucu mangsa serakan datuk.

Datuk terhangat.

Nenek rindu datuk.


Datuk main buah.


Macam-macam.


Afiq menyambung.


Mereka mula mengabdi diri pada nafsu fikiran sendiri. Bukan pada surat cinta ilahi. Hanya mementingkan diri sendiri. Tidak mahu bergantung lagi pada ilahi. Mereka tinggalkan sunnah nabi. Padahal bila ditanya adakah kau muslim mereka akui. 


Aku senang mendengar penjelasan afiq. Walau hanya penjaga kuda namun dia seorang yang faham. Aku terus menghembus rokok. Bau Dunhill belum lagi hilang. mungkin barangkali kalau aku kemam hacks yang akan aku beli mampu hilangkan bau itu. Bau itu hilang tapi bukan nafsu yang hilang. Merokok juga nafsu.

No comments:

Post a Comment