Sunday 25 December 2011

Ceritera# 7: Imiginasi revolusi.

Kawan aku pernah kata "Its a new day. People change"


Aku terus berfikir. 


Kalau manusia boleh berubah mengapa entiti yang lebih besar tak berubah. Macam kerajaan atau pentadbiran.


Dulu aku pernah berimiginasi bersama revolusi. Bersama menentang penindasan yang kita sendiri tak nampak. Mata kita dikelabui dan minda kita disekat. Macam neo yang mencari kebenaran dalam cerita Matrix. 


Baru-baru ni kecoh bab penurunan bendera lima minit. Naik bendera revolusi akedemik yang diminta oleh mahasiswa. Aku memang tabik dengan Adam Adli. Pelajar dari UPM. Untuk makluman Adam Adli adalah pelajar jurusan Tesl.


Keberanian dia menurunkan bendera tersebut memang satu kekaguman bagi aku. Ini baru benar perjuangan mahasiswa. Berani mengekpresi apa yang dia rasa. Berani meminta akan kebebasan dalam berakedemik.


Bukan sampai pelajar jadi gay. Ini satu kesan dari gaya pendidikan dalam negara kita. Sepatutnya kita perlu ada sedikit sensitiviti dan cuba untuk berevolusi. Jangan terperuk dalam imiginasi duniawi sahaja.


Entahlah...Aku menulis hanya untuk meluah. Dan aku cuba berubah.


Buat kawan aku yang tengah bersedih . Cuba la ubati hati yang rana itu dengan membaca surat-surat cinta dari tuhan. Ada 114 surat..pilih mana-mana satu.


Salam berfikir.

No comments:

Post a Comment