Thursday 29 December 2011

Ceritera# 8 : Biar kata mata kecil

Tengah hari itu mendung. Kelihatan dua anak beranak sedang tekun membajak tanah di sawah di tengah-tengah padang. Si ayah memakai but berwarna kelabu manakala si anak memakai but berwarna kuning.

Si anak berkata pada si ayah "Ayah, ada kawan saya kata mata saya kecil"

Si ayah menjawab "Allah, mudah sangat nak jawab. Cakap jea kita ni berpandangan jauh"

Si anak "Aish. Macam mana pulak tu"

Si ayah senyum.

Dia berkata "kalau kita pandang ke awan, pasti mata kita akan mengecil. Kenapa? Kerana kita sedang memandang pada sesuatu yang luas dan jauh. Kita sedang merancang sesuatu untuk satu masa yang panjang. Masa yang tiada masa. Biarlah mereka terus berkata-kata kerana mereka hanya mampu memandang apa yang ada di depan mata dengan pandangan yang buta."

Si anak termangu seketika. Berfikir barangkali.

Ini kisahku. Salam berfikir.

No comments:

Post a Comment